Makluman kepada semua Ibubapa atau penjaga pelajar Senior 2011, anda dikehendaki mendaftarkan anak jagaan masing-masing pada hari Ahad / 8 Januari 2012 / jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Serentak dengan itu juga, sebagaimana kebiasaan tiap-tiap tahun yang lepas, pada hari tersebut pihak Jabatan Akademik MDQ menganjurkan Hari Kecemerlangan Akademik 2011.
Ibu bapa boleh mendapatkan Keputusan Sebenar Peperiksaan Akhir Tahun 2011 dan mengetahui prestasi akhlak anak jagaan masing-masing secara langsung bersama dengan guru kelas masing-masing. Sehubungan dengan itu juga, tidak dilupakan bagi sesiapa yang mempunyai tunggakan yuran bolehlah membuat bayaran pada hari tersebut. Perlu diingatkan ibubapa atau penjaga tidak akan diberi slip peperiksaan sekiranya gagal menjelaskan yuran yang tertunggak.
Sila dapatkan senarai bayaran Pendaftaran 2012 bagi yang tidak sampai surat yang telah pihak MDQ poskan baru-baru ini, KLIK DI SINI



















